Monday, March 12, 2012

Sejarah Kaunseling Kerjaya

Pada abad ke-19 berlakunya pergolakan, perubahan dan transisi masyarakat di United States, kaunseling kerjaya pada masa tersebut dikenali sebagai “ vocational guidance” atau bimbingan vokasional. 
 
Perubahan social yang berlaku telah melahirkan kaunseling kerjaya disebabkan penduduk US kehilangan pekerjaan dalam sektor pertanian, permintaan yang tinggi terhadap pekerja dalam sektor berat, kehilangan pekerjaan tetap bagi keluarga yang terlibat dengan pertanian disebabkan penggunaan teknologi seperti traktor, peningkatan proses urbanisasi di USA, dan juga seiring dengan keperluan pekerjaan yang diperlukan bagi memenuhi keadaan peralihan dalaman dalam usaha memperbaharui ekonomi baru perindustrian. Kepulangan veteran daripada perang dunia pertama dan juga mereka yang terpaksa menarik diri akibat kepulangan veteran ini telah meningkatkan keperluan kepada kaunseling kerjaya.

Evolusi kaunseling kerjaya telah dipengaruhi oleh desakan social dan budaya yang memberi kesan kepada cara kerja rakyat Amerika dan juga  aspek perundangan  dan program. Kesan daripada desakan yang wujud, pelbagai program telah dirancang bagi membantu penduduk US mengatasi tekanan akibat kehilangan pekerjaan.

No comments:

Post a Comment