Thursday, May 3, 2012

Definisi Kaunselor, Syarat Kelayakan dan Bidang Tugas Kaunselor


DEFINISI KAUNSELOR
Kaunselor ditakrifkan sebagai orang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat sebagai orang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah, orang yang mampu memberikan khidmat kaunseling. (Kamus Dewan edisi ketiga (2002).

Manakala Daftar Awam (Oktober 2001) mendefinisikan kaunselor  sebagai profesion terlatih dalam bidang  kaunseling ataupun bidang-bidang berkaitan seperti kerjaya, perkahwinan, seksual,  pendidikan, pengurusan dan lain-lain dan mampu bertindak sebagai pembimbing dengan memberi maklumat dan cadangan bagi membantu klien mengenal pasti kebolehan diri serta melakukan perubahan dan membuat keputusan dan menentukan matlamat.
Namun sejak bertahun-tahun, istilah kaunselor ditakrifkan sebagai seorang profesional yang mempraktikkan kaunseling (Chaplin, 1975).

SYARAT DAN KELAYAKAN KAUNSELOR
1)      Kelayakan:

-       ijazah sarjana muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau
-       ijazah sarjana muda kepujian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. ata
-       ijazah sarjana muda kepujian serta diploma in clinical psychology atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
-       lulus bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

-  namun, keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan ijazah dalam bidang behavioural science atau kaunseling.

2)      Bidang Tugas

A)   tugas kaunselor di IPTA
-       menjalankan sesi kaunseling individu.
-       menjalankan sesi kaunseling kelompok.
-       melaksanakan kaunseling kerjaya.
-       menjalankan kaunseling keluarga.
-       mengendalikan ujian-ujian personaliti.
-       mengendalikan ujian penilaian diri.
-       menjalankan ujian minat.

B)   tugas kaunselor di Jabatan Agama Islam
-       mengendalikan sesi kaunseling individu, kaunseling berpasangan,kaunseling keluarga dan kaunseling kelompok.
-       memberikan perkhidmatan ceramah.
-       mengendalikan kursus dan seminar.
-       menyediakan konsultansi.
-       menyediakan ujian psikologi.
-       mengadakan kelas bimbingan quran bagi golongan dewasa.
-       mengendalikan program pusat pembangunan keluarga islam.

C)   tugas kaunselor di jabatan perkhidmatan awam
-       mengadakan sesi kaunseling secara individu dan kelompok.
-       mengadakan ceramah, bengkel, seminar dan sebagainya.
-       menjadi perantara sebelum merujuk klien kepada pihak ahli psikiatri.
-       menyimpan semua fail ataupun rekod sesi kaunseling bagi tujuan tindakan susulan dan statistic.
-       membantu menjalankan ujian atau inventori psikologi, analisis dan kaji selidik.
-       bertanggungjawab melaporkan aktiviti kaunseling sekurang-kurangnya enambulan sekali kepada bahagian perkhidmatan psikologi, JPA.
-       mengkaji atau merancang cadangan tata tindak penubuhan unit kaunseling di kementerian atau jabatan.

D)   tugas kaunselor di pusat pemulihan dadah
-       menyediakan jadual kaunseling.
-       menjalankan sesi kaunseling.
-       menyediakan rakaman sesi kaunseling.
-       membuat penilaian mengenai sejarah latar belakang penagihan klien.
-       melaksanakan rancangan pemulihan klien.
-       menilai kemajuan penghuni mengikut fasa.
-       membentang laporan kemajuan penghuni dalam mesyuarat jawatankuasa kenaikan fasa dan pembebasan.
mengenal pasti kes-ke kronik.
-       menyediakan rekod-rekod kaunseling dan dokumen berkaitan maklumat kes pemulihan.

E)   tugas kaunselor di jabatan kebajikan masyarakat negeri
-       memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada semua klien JKM.
-       melaksana ataupun menyelaras bengkel program  interaktif (Akta Kanak-Kanak 2001).
-       mengadakan perbincangan dengan ibu bapa kanak-kanak dan kaunseling bersama keluarga itu.
-       menyediakan dan menyelenggara rekod sesi kaunseling dan program atau aktiviti bagi tujuan interpretasi, tindakan susulan dan statistic.
-       membuat rujukan kes kepada pihak-pihak lain bagi mendapatkan perkhidmatan khusus.
-       merancang dan melaksanakan ataupun menyelaras program-program bagi tujuan perkembangan dan pembangunan serta pemantapan kualiti perkhidmatan kaunseling jabatan di peringkat negeri, daerah dan institusi.
-       menyediakan laporan bulanan program kaunseling pada peringkat negeri, daerah dan isntitusi serta melaporkannya ke ibu pejabat  Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
-       lain-lain tugas berkaitan dengan profesion kaunseling yang diarahkan oleh pengarah kebajikan masyarakat negeri.

F)    tugas kaunselor di hospital
-       memberikan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok.
-       memberikan perkhidmatan kaunseling secara sukarela ataupun dirujuk.
-       menyediakan laporan kaunseling kepada pihak yang berkenaan ataupun permintaan klein.
-       mengadakan program berkaitan perkhidmatan pencegahan dan pembangunan sahsiah bertujuan meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri bagi membolehkan individu menguruskan emosi, pemikiran dan tingkah laku setrusnya menggunakan sepenuhnya potensi diri bagi mencapai kecemerlangan dalam lapangan yang diceburi.
-       melaksanakan ujian psikologi bagi mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan, minat, nilai, dan sikap seseorang yang diukur melalui allat-alat (instrument psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indicator dan indeks.
-       merangka program perkhidmatan peningkatan kemahiran kaunseling merangkumi latihan, kursus, bengkel, dan kefahaman dalam bidang kaunseling bagi anggota kementerian kesihatan ataupun pihak-pihak yang memerlukan.

G)   tugas kaunselor di penjara
-       kaunselor perlu menjadi pengiring kepada banduan-banduan yang akan di bawa keluar dari kawasan penjara diatas urusan-urusan tertentu seperti ke hospital, mahkamah dan sebagainya.
-       memastiakn keselamatan banduan-banduan supaya selamat sampai ke destinasi yang ditujui.
-       memberikan khidmat kaunseling kepada banduan-banduan.
-       membimbing banduan mengikut modul yang telah ditetapkan.

H)   tugas kaunselor di agensi kaunseling dan pengurusan kredit (AKPK)  Bank Negara Malaysia
-       memberi perkhidmatan kaunseling dan nasihat berkaitan pengurusan kewangan.
-       melaksanakan program pengurusan hutang.
-       menyediakan pendidikan kewangan

16 comments:

  1. adakah peluang pekerjaan dalam bidang ini tinggi..dan profesion di hospital tu mcm dekat mental health care ke?

    ReplyDelete
  2. lepas tamat pengajian ini dpt kerja kerajaan tak?

    ReplyDelete
  3. lepas tamat pengajian ini dpt kerja kerajaan tak?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. pada pendapat saya kerjaya kaunselor merupakan kerjaya yang profesional dan
    kita dapat lihat pada hari ini kaunselor telah diperlukan dalam banyak organisasi dan jabatan.

    ReplyDelete
  6. Macam mane nk tau klau kite sesuai ke tak dgn bidang psikologi ni..sbb sye minat dan nk smbung belaja dlm bidang ni tapi masih ragu ii

    ReplyDelete
  7. suka sains tak?kalau ambk psikologi ni byk kaji tntg tingkahlaku manusia.so kalau 2-2 tu suka awk bole ambk bidang psikologi mcm saya��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bidang kaunselor ni sama mcm psikologi ke? Sbb klau dekat ipt, sy nmpk ada course untk psikologi n kauseling ni berbeza.

      Delete
    2. kalau nk jadi kaunselor perlu amik sains tulen ke kat sekoalh menengah??

      Delete
  8. terima kasih.banyak yang telah membantu say untuk mengecapinya

    ReplyDelete
  9. Jika mahu jadi kaunselor perlu ade basic sains ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x perlu.. hanya perlu memenuhi keperluan minima yg disyaratkan oleh universiti

      Delete
  10. Subject ape Yang akan diambil dalam kos kaunseling

    ReplyDelete
  11. kalau lepasan vokasional msti ada apa untuk blajar d U bhgian kaunseling?

    ReplyDelete
  12. Ada beza ka bidang kaunseling dengan psikologi

    ReplyDelete