Tuesday, June 19, 2012

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41







Kumpulan: Pengurusan dan Profesional



Kem./Jab.: Pelbagai Kementerian/Jabatan



Jadual Gaji:



Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
P1
P2
P3
RM1,916.31
RM2,023.23
RM2,134.88
RM5,474.81
RM5,789.26
RM6,130.59
RM225.00




Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,018.52 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,222.94 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,325.14 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,427.35 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Senibina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,631.77 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,836.19 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan Diploma Pendidikan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,938.40 ] atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia serta Diploma Pendidikan.
    [ Gaji Permulaan P1 : RM3,040.60 ] dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG44 yang kosong apabila telah:
  • disahkan dalam perkhidmatan;
  • mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  • lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
  • diperaku oleh ketua perkhidmatan.







line

No comments:

Post a Comment