Wednesday, February 15, 2017

Reversed Psychology Intelligence



Salah satu daripada teori RPI ( Reversed Psychology Intelligence) timbul bilamana pakar psikologinya mengkaji fungsi otak dan kaitannya dengan deria

Pertama, pakar psikologi berfikir kenapa otak kita mentafsir sesuatu yang berbeza dari pandangan mata?
Tahu atau tidak mata kita ini sangatlah bererti bagi kehidupan kita. Tanpa mata kita tidak dapat melihat segala keindahan yang ada di dunia ini. Tanpa kita sedari juga mata memiliki penglihatan yang sangat membingungkan sebenarnya.

Pertama, mata kita ini memiliki cara pandang yang sangat berbeza dengan apa yang kita lihat dari kita lahir hingga sekarang ini (atau bahkan hingga kita mati nanti). Mata kita tidak melihat objek benda seperti yang kita lihat melainkan secara terbalik (yang atas menjadi bawah yang bawah menjadi atas)



Kenapa berlaku sedemikian? kerana otak kita membalikkan bayangan tersebut, lalu otak mengubah menjadi nyata, tegak, dan besar yang sama dengan yang sebenarnya. Serta lensa mata memang harus memiliki sifat terbalik kerana objeknya akan langsung diubah menjadi bayangan benda yang sebenarnya.

Dari segi teori logiknya, kenapa Allah mencipta pandangan mata berbeza dengan tafsiran otak. Kenapa perlu terbalik?

Kenapa otak kita mentafsirkan sesuatu secara songsang? Bila kita kata JANGAN BUAT, otak mentafsirkan BUAT. Sebab itu rasionalnya bila kita kata JANGAN BUAT, lagi mereka BUAT.

No comments:

Post a Comment