Showing posts with label Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Kaunseling. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

ASAS KAUNSELING


BAB 1 – PENGENALAN KAUNSELING
Definisi kaunseling.
Satu perbincangan antara kaunselor terlatih dgn individu atau kelompok kecil yg mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan,bersama-sama memikirkan dan meneliti bbrp alternatif utk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yg dipilih.”

Perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi.
(1)Kaunseling – lebih menumpukan perhatian kpd membantu individu mengatasi kebuntuan,kekusutan fikiran utk meneruskan kehidupan yg lebih tenteram.
(2)Psikoterapi – lebih memberi penekanan kpd pemulihan ‘penyakit mental’.

Matlamat kaunseling
(1)Mengubah tingkah laku kpd kehidupan yg lebih produktif/memuaskan.Con: Ali suka lumba haram motosikal di jln raya.Kaunseling boleh membantunya mengubah tingkah laku yg bahaya ini spt menggalakkan minat Ali spy berlumba di litar lumba motosikal.
(2)Memulakan dan meneruskan hubungan positif. Cth:Lina rasa diabaikan suaminya.Dia marah dan kecewa. Kaunseling boleh membantu Lina berkomunikasi dgn suaminya perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan dan mencapai penyelesaian.
(3)Mengurus kendiri dgn efaktif apb dlm kesulitan Cth: Koh kehilangan ibunya.Pelajarannya tergugat.Kaunseling boleh membantu Koh menerima kehilangannya dan mengurus pembelajarannya.
(4)Membuat keputusan Rasional.Cth:Devi tidak tahu bidang pengkhususan mana patut diambil di peringkat universiti. Kaunseling boleh membantu Devi dgn mengenali diri dan minatnya.
(5) Bantu Klien Berkembang secara positif dan mencapai potensi/minat. Cth Man minat melukis. Ibu bapaya suruh masuk aliran sains yg dia tak minat. Kaunseling boleh bantu capai resolusi man dan ibu bapanya.

Peranan Kaunselor ( Aspek tempat dan situasi)
(1) Sekolah – membantu pelajar membuat pemilihan kerjaya yg sesuai utk mereka.
(2) Penjara – Membantu pemulihan ahli dan proses mengintegrasikan mrk semula dgn masyarakat.
(3) Hospital – membantu keluarga yg kehilangan ahlinya menghadapi dan menerima kehilangan.
(4) Pejabat Agama Islam – membantu suami isteri yg mengalami masalah r.tangga.
(5) Pejabat Kerajaan – Membantu pekerja yg stress atau menghadapi masalah burn out.
(6) Gereja – membantu mrk yg menghadapi masalah peribadi spt masalah dgn ibu bapa.

Peranan Kaunselor (Aspek Individu)
(1) Kesihatan fizikal – bantu individu jaga kesihatan.amalkan tabiat yg positif.mengamalkan gaya hidup yg sihat.
(2) Keperluan sosial – hubungan keluarga,persekitaran tempat kerja,persahabatan dan kegiatan lain yg menghubungkan individu tersebut dgn orang lain.
(3) Kesihatan mental – kaunselor perlu rangsang pemikiran klien spy lebih kreatif dlm menyelesaikan masalah.
(4) Keperluan emosi – tingkatkan kesejahteraan emosi klien spy ia dpt menyatakan masalah dan perasaannya terhadap kehidupannya.
(5) Keperluan kerohanian – perlu krn skrg manusia bertindak berlandaskan sesuatu kepercayaan dan ajaran agamanya.
Ciri-ciri Kaunselor.

Ciri Kepentingan
Percaya Klien unik dan berharga Membolehkan klien menaruh harapan dan mula percaya kepada kaunselor.
Percaya Klien boleh berubah Membolehkan kaunselor meneruskan proses kaunseling jika ada penghujung di mana klien akan berubah dan boleh dibantu.
Faham bagmna indiv efektif berfungsi M’bolehkan kaunselor mengetahui klien berjaya mencapai tahap perfungsian sbg individu yg efektif berfungsi & mblhkn proses kaunseling dihentikan.
Ada pengetahuan untuk membantu Membolehkan kaunselor tahu strategi mana yg sesuai digunakan utk membantu klien
Ada kesanggupan
Melibat diri Membolehkan klien percaya yg kaunselor benar-benar menumpukan sepenuh perhatian kpdnya dan masalah yg dihadapinya
Mengenali diri sendiri Membolehkan kaunselor menjadi model kpd kliennya

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
(1) Pengajaran dan latihan – menyebarkan maklumat dan melatih kemahiran. Cth ceramah AIDS
(2) Kaunseling – membantu mencapai penyelesaian klien. Cth Pemulihan Dadah
(3) Pengambilan ujian – ujian IQ (kecerdasan),ujian EQ (ujian emosi dan ujian personaliti)

Kaunseling kelompok.
Antara tiga atau lebih individu.Penggunaan interaksi kelompok utk memfasiliti pemahaman kendiri dan memfasiliti perubahan tingkah laku individu.

Jenis-jenis kelompok.
(1) Kelompok Bimbingan.Contoh-contoh tajuk yg diperbincangkan: masalah social (bahaya dadah);pengurusan masa.;kemahiran belajar;pemilihan kerjaya.;persediaan peperiksaan.
(2) Kelompok Kaunseling – lima hingga sepuluh orang.Berbincang sesama ahli dgn penyeliaan kaunselor.
(3) Kelompok lain – kelompok terapi,kelompok sensitivity,kelompok – T.

Kelebihan Kaunseling Kelompok.
(1) Sangat praktik- Tugas kaunselor banyak. Jimat masa-Selesaikan masalah yg sama secara kelompok.
(2) Berkaitan dgn jenis masalah yg dihadapi klien- Masalah interpersonal- lebih percaya rakan sebaya.
(3) Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru dlm keadaan selamat dgn sokongan ahli-ahli lain.
(4) Klien akan merasa kurang tertekan apb mengetahui org lain juga mempunyai masalah yg sama.

Unsur-unsur terapeutik dlm kaunseling kelompok.
(1) memberi harapan kpd klien. (2) perasaan selamat dan mendapat sokongan. (3) kesatuan antara ahli-ahli. (4)mempelajari sesuatu dari ahli lain.(5) pembelajaran interpersonal (perorangan)

Prinsip Kerahsiaan dlm Kaunseling.
(1) Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad.Dlm situasi tertentu boleh dedahkan. (2) Kerahsiaan dipelihara sekiranya tdk menggugat hak individu lain atau org ramai.
(3) Kerahsiaan sesuatu yg tlh diketahui umum - kaunselor tdk terikat dgn kerahsiaan lagi.

Kepentingan Kerahsiaan
(1) Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan
(2) Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayan

Situasi pengecualian kerahsiaan.
(1) Klien membahayakan diri dan org lain.
(2) Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan.
(3)Mahkamah meminta maklumat didedahkan.
(4)Kaunselor mencurigai klien spt ada penderaan berlaku.

BAB 2 – PROSES KAUNSELING
Tahap Kaunseling.
(1) Tahap membina hubungan- tahap membina asas yg kukuh utk mewujudkan satu perkongsian bekerjasama.
(1)Mewujudkan suasana yg menggalakkan interaksi.
(2) Menentukan matlamat awal kaunseling.
(3) Menstruktur hubungan.;kefahaman ttg proses kaunseling; penjelasan peranan klien, kaunselor dan matlamat.; Aspek kerahsiaan klien.(4) Membina kepercayaan.

(2) Tahap penerokaan – tahap memahami bgmn klien mempersepsikan masalahnya.
(1) Meneroka Skop masalah.
(2) Analisis aras perkongsian klien.
(3) Analisis Pola sejarah klien- Adakah pernah alami; Adakah resolusi sama.
(4) Mengenalpasti kekuatan dalaman klien

(3) Tahap membuat keputusan – thp membentuk satu matlamat utk klien.Strategi dan arah mana nak bawa klien. Persetujuan; (1) matlamat mesti dipersetujui bersama (2) setuju dgn pendekatan dan strategi diguna.


(4) Tahap pelaksanaan- thp di mana kaunselor berusaha menurunkan aras kerisauan klien, atau menyelesaikan masalahnya. Faktor yg mempengaruhi keberkesanan kaunseling:
(1) Pengaruh org yg terdekat cth ; suami
(2) Sumber bantuan lain cth: kebajikan masyarakat
(3) Penyediaan risalah –Maklumat AIDS

(5) Tahap menamatkan sesi kaunseling- thp kaunselor membuat rumusan apa yg tlh berlaku dlm sesi kaunseling dan kesannya.Tiga perkara yg mesti dicapai:
(1) kemajuan selama menjalankan kaunseling selama ini mesti dirumuskan kpd tiga kesan-kesannya.
(2) Isu-isu yg mesti diselesaikan pd masa ini hendaklah dikemukakan.
(3) Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan kaunseling.

Klien yang enggan bekerjasama.(Dirujuk kpd kaunselor tanpa kerelaan mereka)
(1) Klien yang degil dan tidak komited.
Sebab-sebab klien degil tapi komited dan tidak mahu membuat perubahan ialah kemungkinan klien:
• takut utk mengetahui diri dgn mendalam dan mengetahui kelemahan dan keburukan diri sendiri.
• Takut utk membuat perubahan.Sesuatu yg diketahui adalah selesa dan selamat dr sesuatu yg tdk diketahui yg mungkin akan menggugat rasa selamat.
• Takut atau tidak tahu bgmn hendak meluahkan perasaan.
• Tdk memahami proses kaunseling dan tidak tahu apa yg akan berlaku kalau melaluinya.
(2) Klien yg degil tapi komited.
• datang dgn sukarela.
• Sanggup membina hubungan dgn kaunselornya.
• Melibatkan secara aktif dlm proses kaunseling.
• Tetapi tdkmahu mengubah perasaannya,pemikirannya dan kelakuannya yg bermasalah.

Menghadapi klien yg degil.
(1)Elak reaksi negetif.- elak perbuatan yg blh timbulkan kemarahan klien (2)Terima klien.- hormati (3) Sikap tdk putus asa- bersabar (4) Fahami punca kedegilan. (5) Atasi kedegilan dgn positif – beri jalan yg membina/menolong

Mencari maklumat tentang klien.
(1) Mengenali klien sendiri sblm menjadi klien.
(2) Mendapat maklumat dr org terdekat dan yg mengenali klien.
(3) Menyelidik latar belakang klien dgn borang-borang.
(4) Membuat pemerhatian sendiri ke atas klien.
(5)Membuat pemerhatian ke atas apa yg diceritakan dan pergerakan badan klien


Bab 3- Kemahiran Berkomunikasi

Mempelajari kemahiran kaunseling.
(1) kaunselor baca buku-buku.(2)Mendengar kuliah.(3)Menghadiri seminar-seminar.(4)Berbincang dgn kaunselor atau org lain yg berminat.(5)Melihat demontrasi bagaimana pendekatan-pendekatan kaunseling digunakan.
(6) Melakonkan gerak geri kaunselor yg dilihat atau dirakam.

Persediaan awal Kaunselor
(1) memastikan persekitaran perjumpaan; (selesa dan selamat./perbualan tidak boleh didengari oleh orang lain./Tidak ada gangguan manusia atau benda./Memberi ketenangan.)
(2) pengambilan klien. (mengetahui latar belakang klien./ Membuat kaji selidik untuk mengetahui klien.)

Temu bual Kaunseling Pertama. (Ada FASA)
(1) Fasa memulakan sesi.( berbual ringan utk bbrp minit sehingga klien rasa selesa.- Menetapkan dgn persetujuan klien brp lama sesi itu - Memastikan klien tahu dia boleh meluahkan masalahnya dgn selamat.)
(2) Fasa menstruktur sesi.( peranan masing2.- matlamat kaunseling.- Kerahsiaan antara kaunselor dan klien.)
(3) Fasa menerangkan matlamat sesi.
(4) Fasa menamatkan sesi. (dgn membuat keputusan utk meneruskan proses kaunseling atau tdk.Jika ya,adakah utk merujuk klien ke agensi lain atau tdk.Jika tdk,mengatur temujanji utk sesi seterusnya).
(5) Fasa membuat rujukan.

Jenis-jenis tingkah laku bukan lisan.
(1) Anggota badan Cth: mata yang selalu pandang ke bawah mungkin menunjukkan klien tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
(2) Nada suara Cth: suara yang tinggi dalam percakapan mungkin menunjukkan klien sedang mengalami tekanan seperti marah atau kerisauan yang amat sangat.
(3) Persekitaran Cth: kedudukan klien yang jauh dari kaunselor dan mengundur apabila kaunselor mendekatinya mungkin menunjukkan klien masih belum bersedia untuk menaruh harapan atau kepercayaan kepada kaunselor.

Tingkah laku bukan lisan seorang kaunselor dan ertinya:
(1) Tumpuan mata.- Tumpuan mata yg bersahaja akan memberi erti yg kaunselor memang ambil berat apa yg hendak diperkatakan klien.
(2) Postur terbuka. - Kaunselor x blh duduk dgn tgn. atau kaki bersilang yg memberi erti dia tdk bersedia mendgr klien.Postur terbuka akan meyakinkan klien yg kaunselor sdg menumpu perhatian.
(3) Menghadap klien.- Kaunselor perlu hadap klien tanpa sebarang sekatan objek.Ini akan memberi erti yg kaunselor melibatkan diri dlm perbincgn antara mereka.
(4) Condong ke hadapan. - Menunjukkan minat kaunselor kpd apa yg hendak dibincang oleh klien.
(5) Dlm keadaan rilek. - Raut wajah kaunselor mesti dlm keadaan tenang dan selesa.Nada suara sederhana.Suara lembut.Keadaan tenang kaunselor akan meyakinkan klien dan ia akan merasa selesa.

Kemahiran Komunikasi
(1) Soalan terbuka.- Kaunselor perlu tahu bila serta byk mana hendak guna soalan terbuka. Jika digunakan pd masa yg sesuai akan menggalakkan klien bercerita.Terlalu byk soalan terbuka akan membosankan klien.
(2) Senyap.- Kaunselor perlu senyap spy klien dpt merefleksi ceritanya atau menggalakkan klien berckp.Terlalu lama senyap buat klien rasa tk selesa dn kaunselor tk tumpu perhatian.
(3) Mendengar. - Kaunselor perlu dgr dgn teliti apa yg dikatakan klien utk beri respon.Dia perlu ‘mendengar’ disebalik apa yg diperkatakan juga utk mengetahui maksud sebenar apa yg diperkatakan klien.
(4) Penyataan semula.- Kaunselor menyatakan semula dgn perkataan sendiri kenyataan klien utk memastikan persepsinya adalah betul.
(5) Merefleksi perasaan. - Penekanan kpd perasaan yg dialami oleh klien akan menunjukkan yg kaunselor menerima dan memahami apa yg klien rasa.
(6) Meringkaskan isu. - Ringkaskan semua isu yg penting dan masalah yg boleh merangkumi bbrp sesi.
(7) Meringkaskan perasaan. - Ringkaskan perasaan klien mengenai isu-isu pening dan masalah yg dihadapi dpt membantu kaunselor menunjukkan pemahaman kaunselor dan membolehkan kaunselor memberi respon yg betul secara empatik.
Bab 4: Kemahiran Peranan

Peranan Penumpuan : Beri sepenuh perhatian pd klien dan tunjuk pemahaman tanpa prasangka dari segi suara, fizikal, mental dan perasaan.

Jenis-Jenis Respon Penumpuan
(1) Respon mudah; galak klien teruskan cerita spt ya, mm, oo atau anguk2 kepala.
(2) Refleksi kandungan dan perasaan ; memahami perasaan dari cerita klien spt sedih, marah, suka.
(3) Penekanan; merangsang klien jelaskan fakta penting dalam cerita spt, minta klien ulang yg disebut.
(4) Parafrasa; menunjukkan kaunselor faham masalah klien spt sebut semula ayat klien dgn perkataan sendiri.

Aras respon penumpuan
(1) Peranan tidak berkesan ; tunjuk sikap kurang minat, acuh tak acuh.
(2) Peranan sederhana ; beri perhatian pd sebahagian cerita klien.
(3) Peranan yg baik ; tunjuk minat pd cerita klien dan ceritakan semula dengan ayat sendiri.
(4) Peranan berkesan ; tunjuk minat yang tinggi cerita klien, terjemah cerita dengan betul dan beri respon.

Peranan Penjelasan: permintaan kaunselor kpd klien menjelaskan suatu fakta yg tidak difahami.

Jenis respon penumpuan
(1) Menyemak Persepsi ; semak ketepatan persepsi pada cerita klien spt ‘tadi ada jelaskan bahawa…’
(2) penjelasan alternatif ; kaunselor tak pasti alternatif mana jadi pilihan klien spt ‘ adakah ini yg lebih penting..’
(3) Minta penjelasan lankut ; kaunselor minta klien buat penjelasn spt ‘ cuba jelaskan maksud saudara…’

Aras respon penjelasan
(1) Peranan kurang berkesan; tidak berminat berminat dan bersifat menghukum spt ‘anda memang bodoh’
(2) Peranan sederhana ; memberi penjelasan sebahagian mesej klien tidak sepenuh hati.
(3) Peranan yg baik ; pamer minat tinggi, fokus cerita klien dari aspek kandungan dan perasaan serta jelaskan kekeliruan.
(4) Peranan paling baik ; memahami dan mjelaskan cerita klien, bantu klien lihat isu dgn jelas, tidak menghukum dan tunjuk minat.

Peranan Menyokong: percaya bahawa klien ada potensi untuk menyelesaikan masalah dan galakkannya untuk mencari alternatif penyelesaian mengikut tahap2 kaunseling.

Jenis respon sokongan
(1) Menghargai ; rasa hormat tanpa bersyarat, spt ‘anda memang pandai mengatasi masalah ini dgn baik’
(2) Penerimaan ; bantu klien berfikiran positif pd diri, spt ‘ anda memang boleh lakukannya’
(3) Ambil hati ; tunjuk ambil berat dan beri sokongan pd klien, spt ‘teruk sungguh pengalaman anda ya’
(4) Ketenangan ; bantu atasi ketegangan, kerisauan dan bantu kawal emosi klien spt ‘tarik nafas pjg’.

Aras respon menyokong
(1) Tidak berperanan dgn baik ; tidak beri keyakinan, tidak ikhlas, nada suara hambar.
(2) Peranan sedrhana ; sokongan diberi dgn bersahaja, tidak serius.
(3) Peranan Baik; beri respon, sokongan pada situasi yg sesuai dlm proses kaunseling.
(4) Peranan paling baik ; nada suara sesuai, pilihan kata2 menyokong, respon sesuai.


Bab 5: Teori Kaunseling Behaviorisme

Fungsi Teori :
(1) Menjelaskan suatu kejadian setelah membuat pemerhatian
(2) Menguasai keadaan tertentu
(3) Buat ramalan
(lihat cth MS 164)

Kepentingan Teori:
(1) Beri erti , keyakinan dan halatuju kpd kaunselor.
(2) Beri fokus kpd kaunselor apa yg hendak dilakukan pd klien
(3) Sebagai panduan merancang dan buat persediaan dlm proses kaunseling.

Komponen Teori Kaunseling Behaviorisme
(1) Komponen pertama : dpetik dari pelaziman klasik oleh Ivan Pavlov
(2) Komponen kedua ; pelaziman operan oleh BF Skinner (Ganjaran dan dendaan)
(3) Komponen ketiga ; terapi tingkah laku kognitif (tingkah laku dan cara berfikir)

Teori Personaliti Behaviorisme: (konsepnya)
(1) Personaliti disebabkan perkembangan TL bukan disebabkan proses mantel.
(2) Personaliti ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman
(3) Perbezaan personaliti disebabkan perbezaan pengalaman
(4) Hubungan minda-jasad, jasad roh tiada kesahihan saintifik, hanya boleh diramal.
(5) Personaliti mempunyai batasan genetik yg tidak boleh diubah ttp persekitaran dan rangsangan dalaman mainkan peranan dlm membentuk personaliti.

Teori Personaliti berdasarkan prinsip skinner
(1) Buat ramalan situasi utk kuasai TL individu. (2) Tiada TL bersahaja, semuanya dipengaruhi persekitaran.
(3) Personaliti terbentuk dengan peneguhan (4) TL boleh diubah dgn melemah peneguhan (proses pelupusan)
(5) Personaliti boleh ditiru melalui role play (tiru idola / main peranan)

Strategi membantu Klien
(1) Role Play: Lakonan dengan bimbingan kaunselor Cth: murid malu-kaunselor boleh ajar cara beri pendapat.
Ada hadnya: (a) Bergantung pd kemahiran dan kesungguhan kaunselor.
(b) Kehendak klien sendiri utk mengalami, mendengar, merasakan TL baru.

Faedah: (a) Strategi melatih perlakuan yg sukar dilakukan oleh individu.
(b) Teknik meluaskan kesedaran klien
(c) Melakukan TL yg sukar dengan selamat dan terpimpin.

(2) Latihan Asertif: Teknik meningkatkan keyakinan diri
Kaedah: (a) role play dan lakonan situasi (pasif, agresif, asertif) yg biasa klien buat.
(b) teroka dan takrifkan masalah.
(c) role play yg ditetapkan (baru/positif) berulang kali depan kaunselor
(d) laksanakan TL asertif positif berperingkat dalam realiti

(3) Token Ekonomi (hadiah): Beri hadiah material bernilai utk peneguhan TL bersesuaian.
Kaedah: (a) Minta bantuan (guru, ibu bapa), jelaskan, buat komitmen matlamat Token Ekonomi.
(b) Pilih TL yg mudah diberi peneguhan dari mereka (guru, ibu bapa).
(c) Agihkan Token serta merta, adil dan konsisten.
(d) Token yg diagih masih mempunyai nilai peneguhan.
(e) TL yg diubah adalah juga TL dikehendaki di luar sekolah/rumah.

(4) Pengurusan, Pemantauan, Peneguhan Kendiri: Klien bekerjasama secara aktif dlm proses kaunseling.
Ciri2 (a) Klien berperanan aktif dlm setiap fasa kaunseling.
(b) Klien beri idea ikut arahan kaunselor yg bina langkah tntu utk membantu.
(c) Proses pemikiran klien diberi tumpuan.
(d) Klien dijangka berusaha berubah.
(e) Klien belajar peneguhan kendiri.
(f) Klien dipanggil utk memantau, mencatit, memberi peneguhan kendiri dan buat penjelasan.
(g) Kaunselor berperanan sebagai mentor dan bukan pakar.

Kaedah: (a) Takrifkan masalah & tentukan matlamat (penting, realistik, difahami, blh diukur)
(b) Urus & pantau TL sasaran (rekodkan TL dgn alat yg sesuai; jam, alat perakam, kertas, pen)
(c) Perubahan suasana persekitaran (elak wujud suasana yg x dikehendaki) & ambil langkah sesuai (sedarkan apa yg sedang dilakukan, Mudahkan TL +ve, hadkan rangsangan tidak dikehendaki)
(d) Beri Peneguhan sesuai & Tentukan akibat yg bermakna (jangka pendek/panjang)
(e) Teruskan kejayaan & kira apa yg dicapai.

(Contoh: Kaitkan Proses individu gemuk nak turunkan berat badan)

Bab 6: Kaunseling Pemusatan Insan
Pandangan Rogers: Manusia adalah positif dan bergerak kehadapan utk capai potensi diri yg cemerlang.

Konsep utama:
(1) Fenomenologi: ( individu bertindak ikut pandangannya sendiri )
(2) Konsep Mengetahui:
(a) Subjektif ; pengetahuan / maklumat utk rujukan diri sendiri.
(b) objektif; pengetahuan / maklumat yg diketahui dan telah disahkan oleh orang lain .
(c) interpersonal; pengetahuan luar dari sikap empati.

(3) Struktur personaliti:
(a) Organisme ; Pusat segala pengalaman.
(b) Kendiri ; (gabungan pengalaman dan persepsi ) konsep kendiri yg diingini.
(4) Proses perkembangan personaliti: Individu cenderung berkembang kepada kesempurnaan kendiri.
(5) Kecelaruan Psikologi: individu menjadi terbuka kepada pengalaman yg tidak defensive.

Konsep Kendiri Dlm Kaunseling Pemusatan Insan
(1) Konsep keseluruhan persepsi, tersusun dan konsisten mewakili ciri individu dan hubungannya dgn org lain.
(2) Kendiri idaman melibatkan persepsi dan makna berkaitan dgn kendiri yg dihargai individu , org yg signifikan dan masyarakat.
(3) Kendiri sebenar adalah kendiri yg tidak berpura2.

Sikap Kaunselor dalam Kaunseling Pemusatan Insan
(1) Kongruen atau keikhlasan ; kaunselor tunjuk sifat sebenrnya (tidak berpura2)
(2) penerimaan tanpa syarat ; anggap manusia dgn positif, boleh berubah.
(3) empati; pemahaman tepat dan empatik pada keadaan klien disebabkan pengalamannya

Kemahiran Asas Kaunseling Pemusatan Insan
(1) Soalan terbuka/tertutup ; Galak klien beri maklumat
(2) Dorongan minima ; Dorongan spt angukkan yg menunjukkan kaunselor faham cerita klien
(3) Prafrasa ; Ceritakan semula cerita klien dgn perkataan sendiri utk tunjuk pemahaman.
(4) Rumusan ; Marangkumkan maklumat yang berkenaan sebelum merespon.
(5) Refleksi Perasaan ; Merasai perasan klien utk galakan ia meluahkan perasaan.
(6)Konfron/mencabar; Teknik supaya klien melihat diri yg sebenarnya bukan hanya pada perkara yg baik sja.
(7) Memfokus ; Kaunselor beri tumpuan, tak berangan.
(8) Refleksi makna ; Keupayaan kaunselor memahami keseluruhan cerita termasuk perkara yg tidak diceritakan klien.

Wednesday, September 12, 2012

Panduan kenali ciri gay, lesbian disokong k'jaan


2:07PM Sep 13 2012
Menteri Pelajaran menyokong satu "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengabil langkah untuk membetulkan keadaan itu.

Panduan itu menggariskan empat ciri oleh gay dan lesbian:

"Simptom" gay:
  • Mempunyai badan sasa dan gemar menunjukkan badan dengan memakai baju berkolar-V dan tidak berlengan
  • Gemar pakaian ketat dan berwarna cerah
  • Tertarik kepada lelaki
  • Suka membawa beg besar, sama seperti yang digunakan wanita, apabila keluar

"Simptom" lesbian:
  • Tertarik kepada wanita
  • Menjauhkan diri daripada wanita lain, selain teman wanita mereka
  • Gemar keluar, makan, dan tidur dengan wanita
  • Tidak tertarik kepada lelaki
Garis panduan itu juga memberi amaran bahawa perhatian segera perlu diberikan kepada anak-anak sekiranya menunjukkan "simptom" berkenaan.

Akhbar Sin Chew Daily menyebut, garis panduan itu diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran.

Ia dilancarkan dalam satu seminar di Pulau Pinang semalam, lapor akhbar itu.

Seminar mengenai usaha menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transgender itu merupakan program anjuran Yayasan Guru Malaysia Bhd dan dirasmikian Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi.

Pulau Pinang merupakan negeri keempat yang mengadakan seminar tersebut selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

Program berkenaan merupakan seminar kesepuluh yang diadakan di negara ini.

sumber: malaysiakini

Friday, June 22, 2012

Sebagai Kaunselor: Nabi Muhammad Tidak Mengkritik, Memarahi, ataupun Menasihati Pelaku Maksiat yang Serius Supaya Insaf

Nabi Muhammad adalah seorang ketua kumpulan yang mempunyai beribu-ribu anggota. Banyak anggota kumpulan beliau yang terdiri daripada individu-individu yang lemah imannya, kurang elok akhlaknya, dan cetek ilmunya.

Malah banyak orang yang masuk kumpulan beliau adalah mereka yang masih melakukan pelbagai jenayah dan maksiat kerana beliau mengamalkan dasar pintu terbuka dan tanpa pilih kasih. Jadi, sesiapa sahaja yang mahu masuk menjadi anggota kumpulannya, semuanya beliau terima dengan tanpa apa-apa syarat.

Selepas mereka menjadi ahli kumpulan, sebagai ketua barulah Nabi Muhammad menjalankan tugas mendorong mereka yang masih melakukan maksiat itu supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka sehingga akhirnya mereka menjadi anggota yang cemerlang.

Salah satu strategi yang Nabi Muhammad gunakan bagi mendorong pelaku maksiat supaya menghentikan perbuatannya adalah dengan tidak mengkritik, memarahi ataupun menasihati orang itu supaya insaf dan bertaubat.

Pada suatu hari, ada seorang lelaki datang berjumpa dengan Nabi Muhammad.
Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan paduka tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang paduka tuan mahu.” Saidina Umar memarahi lelaki itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian lelaki itu pergi. Kemudian Nabi Muhammad menyuruh orang supaya memanggil lelaki itu datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada lelaki itu ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang kebetulan berada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, adakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.” - Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad hanya memberitahu secara objektif bagaimana cara yang lelaki pemaksiat itu dapat lakukan bagi tujuan membasuh dosa-dosanya. Itu sahaja.



sumber: http://www.psikologihadith.com/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=50

Sebagai Kaunselor: Nabi Muhammad Tidak Menasihati Orang yang Melakukan Dosa Berat Supaya Insaf dan Bertaubat

Nabi Muhammad adalah seorang kaunselor dan sekaligus pendorong perubahan sikap dan tingkah laku.

Banyak orang yang sikap dan tingkah lakunya buruk telah berubah menjadi baik dan cemerlang selepas pergi berjumpa beliau dan mendengar kata-kata yang beliau ucapkan kepada mereka.

Pada suatu hari, ada seorang lelaki datang berjumpa dengan Nabi Muhammad.
Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan paduka tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang paduka tuan mahu.” Saidina Umar memarahi lelaki itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian lelaki itu pergi. Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggil lelaki itu supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada lelaki itu ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.” - (Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud)

Dalam peristiwa di atas, meskipun pemuda itu telah mengaku bahawa dia pernah melakukan dosa yang berat, tetapi Nabi Muhammad tidak menyuruh dia supaya insaf, menyesal ataupun bertaubat.

Nabi Muhammad hanya membacakan sepotong ayat dalam al-Quran yang relevan dengan keperluan spiritual pemuda itu dan pada saat yang sama dapat menyelesaikan masalah emosi yang beliau sedang tanggung.

sumber: http://www.psikologihadith.com/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=50

Sebagai Kaunselor: Cara Nabi Muhammad Mendorong Perubahan Tingkah Laku Tanpa Memberi Nasihat

Nabi Muhammad adalah seorang pendorong perubahan tingkah laku yang amat berpengaruh. Banyak orang yang bermula dengan akhlak buruk akhirnya berubah menjadi orang yang sangat baik akhlaknya disebabkan mereka terpengaruh oleh kata-kata yang pernah mereka dengar dari mulut Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad menggunakan banyak prinsip dan teknik bagi mendorong orang-orang yang akhlaknya buruk supaya mengubah sikap dan tingkah lakunya.


Namun, dari rekod hadis-hadis yang autentik, didapati beliau tidak memberikan motivasi perubahan tingkah laku dengan cara berleter ataupun dengan menyampaikan ceramah panjang lebar kepada kelompok orang yang buruk akhlaknya, seperti yang biasa kita lihat dilakukan kepada golongan banduan, penagih dadah, penghuni rumah pemulihan akhlak, pelajar bermasalah dan lain-lain golongan seperti itu.

Salah satu cara yang Nabi Muhammad gunakan adalah dengan tidak menasihati mereka itu supaya berhenti daripada melakukan perbuatan buruk mereka itu. Sebaliknya, beliau hanya menerangkan cara mudah bagaimana mereka dapat membersihkan dosa mereka.
Pada suatu hari, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang tuan mahu.” Saidina Umar yang ada di situ telah memarahi lelaki itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian lelaki itu pergi. Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggil lelaki itu supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada lelaki itu ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.” - (Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud)
Dalam hadith di atas Nabi Muhammad membacakan sepotong ayat dari al-Quran yang relevan dengan keperluan pesalah itu. Beliau tidak menggunakan kata-katanya sendiri.

Malah beliau tidak menggunakan kata-kata nasihat.
Contoh ayat-ayat nasihat berbunyi seperti di bawah:

* "Syukur alhamdulillah, kamu sudah sedar kesalahan kamu, dan kamu sudah insaf. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kamu."
* "Sudahlah, jangan buat lagi perbuatan terkutuk macam itu."
* "Nasib baik kamu sudah insaf. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kamu itu."
* "Syukur alhamdulillah, Allah buka hati kamu sehingga kamu sedar kesilapan kamu itu."
* "Lupakanlah cerita lalu. Bukalah buku baru. Allah sentiasa mengampunkan dosa orang yang bertaubat."
* "Jangan pula nanti kamu ulangi kesilapan kamu itu."
* "Bagus sangat kamu sudah insaf. Jangan lupa solat dan minta ampun
dari Allah."
 
sumber: http://www.psikologihadith.com/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=50

Sebagai Kaunselor: Nabi Muhammad Tidak Menyalahkan Pelaku Dosa Berat

Dalam amalan lazim, kita selalu menyalahkan orang-orang yang melakukan dosa-dosa berat. Aspek-aspek berkenaan si pedosa yang lazimnya kita persalahkan adalah:
a. Didikan yang diterimanya tidak betul
b. Ibu bapanya tidak betul
c. Imannya lemah
d. Kelulusannya tidak berguna
e. Dia bodoh agama
f. Dia tidak berfikir panjang
g. Dia tidak tahu malu
h. Dia gagal mengawal nafsunya
i. Sikapnya tidak betul
j. Perangainya buruk


Amalan mempersalahkan pedosa tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad apabila beliau memberi kaunseling kepada orang yang pernah melakukan dosa berat.

Pada suatu hari, ada seorang lelaki datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang tuan mahu.” Saidina Umar memarahi lelaki itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian lelaki itu pergi. Nabi Muhammad menyuruh orang memanggil lelaki itu supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada lelaki itu ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, adakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.” - Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad sama sekali tidak menyalahkan si pedosa. Sebaliknya beliau memberikan penyelesaian semata-mata, yakni bagaimana dosa-dosa itu dapat dihapuskan.


Kata-kata seperti di bawah ini menunjukkan sikap menyalahkan si pedosa:

* "Kamu sudah tahu benda itu salah, tetapi kenapa kamu lakukan juga?"
* "Takkanlah kamu tidak tahu perkara itu salah?"
* "Kenapa kamu tidak kawal nafsu kamu?"
* "Apa gunakan kamu sembahyang kalau masih buat maksiat?"
* "Kamu tak patut buat begitu."

* "Lemahnya iman kamu."
* "Apa gunanya kamu berilmu kalau ilmu kamu tidak dapat menegah kamu daripada melakukan maksiat?"
* "Masalah kamu ini, kamu cuma ada ilmu tetapi tidak ada iman."


sumber:  http://www.psikologihadith.com/2011/10/sebagai-kaunselor-nabi-muhammad-tidak.html

Sebagai Kaunselor: Nabi Muhammad Tidak Menyiasat Siapa Pasangan Pesalah Seksual

Banyak jenis jenayah dan kesalahan yang perlu dilakukan oleh dua orang ataupun lebih, yakni kalau seorang sahaja maka kesalahan itu tidak dapat dilaksanakan. Kesalahan mengumpat dan kesalahan seksual adalah contoh di mana 2 orang ataupun lebih terlibat melakukannya.

Salah satu jenis kesalahan yang terdapat dalam rekod-rekod sejarah Nabi Muhammad di mana kita dapat gali strategi dan teknik bagaimana beliau mengubah tingkah laku mereka yang akhlaknya buruk adalah dalam kes-kes jenayah seksual.

Pada suatu hari, ada seorang lelaki datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan paduka tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang paduka tuan mahu.” Saidina Umar memarahi lelaki itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian lelaki itu pergi. Nabi Muhammad menyuruh orang memanggil lelaki itu supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada lelaki itu ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, adakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.” - (Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud)

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad tidak bertanya kepada pemuda itu dengan tujuan mahu menyiasat siapa perempuan yang dicumbuinya. Malah Nabi Muhammad tidak bertanya sebarang soalan bagi mengetahui latar belakang kesalahan itu, seperti:

* "Siapa nama perempuan itu?"
* "Dia anak darakah?"
* "Dia isteri orangkah?"
* "Dia jandakah?"
* "Suaminya tidak ada di rumahkah?"
* "Di mana kamu bercumbu-cumbu itu?"
* "Cuba cakap, macam mana boleh berlaku perkara macam itu?"
* "Diakah yang datang mencari kamu?"
* "Kamu masuk ke dalam rumahnyakah?"
* "Bila kamu melakukannya -- siang ataupun malam?"
* "Kamu sudah biasakah bercumbu dengan dia?"
* "Dengan siapa-siapa lagi kamu pernah bercumbu-cumbu?"

Apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad, beliau terus menerangkan kepada pesalah itu cara membersihkan dirinya daripada dosa. Ini beliau lakukan dengan membacakan ayat dalam al-Quran yang relevan dengan keperluan pemuda itu.


 sumber:  http://www.psikologihadith.com/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=50


Teknik Nabi Muhammad Melayan Remaja yang Rosak Akhlak

Masalah remaja rosak akhlak adalah masalah sepanjang zaman. Ini bukan masalah masa ini sahaja. Nabi Muhammad adalah seorang yang sangat baik dan disukai oleh remaja yang rosak akhlak.

Pada masa ini remaja-remaja yang rosak akhlak menjauhkan diri mereka daripada golongan orang baik-baik. Salah satu faktor yang menyebabkan orang baik-baik dibenci oleh remaja yang rosak akhlak adalah disebabkan cara mereka diperlakukan oleh orang baik-baik.

Dalam rekod sejarah ada catatan yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad melayan remaja yang rosak akhlak.
Cara bagaimana Nabi Muhammad melayan remaja yang rosak akhlak itu sangat berbeza dengan cara yang lazimnya kita gunakan.
Di bawah ini adalah salah satu catatan seperti itu:

Pada suatu hari, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang tuan mahu.” Saidina Umar memarahi remaja itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata Saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian pemuda itu pergi dari situ. Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggilnya supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada remaja itu ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.” - Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud.

Dalam peristiwa di atas, kesalahan remaja itu sangat berat, namun Nabi Muhammad melayan remaja itu dengan:

1. Tidak mengucapkan kata-kata yang menyebabkan remaja itu berasa malu.
2. Tidak menyebabkan remaja itu berasa dirinya seorang yang kotor dan hina.
3. Tidak memarahi remaja itu.
4. Tidak mengutuk, mengecam dan mengkritik sikapnya.
5. Tidak menyalahkan sesiapa.
6. Tidak cuba mencari punca kerosakan akhlak itu.
7. Tidak menasihatinya.
8. Tidak membodoh-bodohkannya.

Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad hanya membacanya ayat Quran yang kandungannya menerangkan cara-cara membersihkan diri daripada dosa.





sumber:http://www.psikologihadith.com/2011/12/teknik-nabi-muhammad-melayan-remaja.html

Kelemahan Prosedur Kaunseling Cara Barat

Nabi Muhammad adalah seorang kaunselor. Apabila beliau memberi kaunseling kepada orang yang melakukan kesalahan, beliau tidak menyiasat punca-punca yang mendorong si pesalah melakukan kesalahannya. Sebagai contoh, kepada pencuri Nabi Muhammad tidak berkata: "Cuba kamu ceritakan kepada saya, mengapa kamu mencuri?"
Dalam rekod sejarah, ada dicatatkan peristiwa bagaimana Nabi Muhammad memberi kaunseling kepada seorang pesalah:
Pada suatu hari, ada seorang lelaki datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan paduka tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang paduka tuan mahu.” Saidina Umar memarahi lelaki itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian lelaki itu pergi. Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggil lelaki itu supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada lelaki itu ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.” - Hadith ini dipetik dari koleksi hadith-hadith autentik yang direkodkan oleh Abu Daud.
Teknik kaunseling Nabi Muhammad itu sangat bertentangan dengan kaunseling cara Barat yang menghendaki supaya kaunselor menyiasat dahulu punca-punca si pesalah melakukan kesalahanya. Selepas selesai siasatan barulah kaunselor boleh memulakan proses rawatan.
Di sebalik amalan Barat menyiasat punca-punca kesalahan dilakukan adalah andaian:
a. Bahawa kaunselor dapat mengenalpasti dengan tepat punca-punca si pesalah melakukan kesalahannya.
Andaian ini tidak betul. Memang ada masalah yang dapat diketahui punca-punca yang menyebabkannya, tetapi bagi sesetengah masalah kita tidak dapat mengenalpasti dengan tepat puncanya. Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, banyak penyakit yang sehingga sekarang pakar-pakar perubatan masih belum dapat mengetahui apa yang menyebabkan penyakit itu.
Dalam bidang akhlak, ada banyak masalah akhlak yang pakar-pakar psikologi Barat pun masih belum sepakat berkenaan punca-punca yang menyebabkannya. Sebagai contoh adalah tingkah laku anggota keluarga hartawan yang mencuri barang-barang murah di dalam kedai. Pakar-pakar di Barat masih berbeza pendapat, masing-masing dengan teori masing-masing.
b. Bahawa si pesalah bercakap benar semasa memberikan jawapan kepada pertanyaan kaunselor.
Andaian ini tidak betul. Memang ada pesalah yang bercakap benar, tetapi majoriti pesalah tidak bercakap benar. Apabila ditanya oleh kaunselor, mereka memberi jawapan-jawapan dusta. Mereka berdusta bagi menjaga kepentingan diri mereka sendiri, khususnya bagi menunjukkan mereka kononnya adalah orang baik, dan bahawa mereka melakukan kesalahan itu kerana mereka menjadi mangsa perbuatan buruk orang-orang lain.
c. Bahawa hanya selepas diketahui punca-punca yang menyebabkan si pesalah melakukan kesalahannya barulah kaunselor dapat memberikan penyelesaiannya.
Andaian ini tidak betul. Memang ada jenis masalah yang dapat dibuang punca penyebabnya. Sebagai contoh, tayar kempis disebabkan tercucuk paku, lalu cara menyelesaikannya adalah dengan membuang paku itu dan menutup lubangnya. Ataupun, kanak-kanak suka menonton rancangan kartun dalam televisyen sehingga tidak membaca buku sekolah, lalu televisyen itu pun dibuang dengan itu tidak ada lagi televisyen yang mahu ditonton.
Tidak semua punca masalah dapat diselesaikan dengan cara membuang punca-punca itu, ini lebih-lebih lagi dalam bidang tingkah laku manusia. Banyak masalah akhlak manusia sudah pun diketahui punca-punca penyebabnya, namun punca-punca itu tidak dapat dibuang kerana ia adalah fitrah manusia. Sebagai contoh, kes tingkah laku kumpulan remaja yang mencari keseronokan dengan bersaing siapa yang lebih cekap mencuri barang di dalam kedai. Mereka melakukannya kerana mencari thrill. Tingkah laku mencari thrill adalah sebahagian daripada psikologi remaja. Ia adalah penyebab yang tidak dapat hendak dibuang, meskipun oleh pakar-pakar psikologi Barat.

sumber: http://www.psikologihadith.com/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=50

Monday, June 18, 2012

DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU


Terdapat pelbagai definisi kaunseling individu yang telah dihuraikan oleh beberapa pakar kaunseling. Antaranya ialah :

a) Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.

b) Kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong untuk menyelesaikan konflik, atau pertikaian yang belum diselesaikan (Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman, 1999).

c) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri (Muhd Mansur Abdullah 1993).

JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU

i) Kaunseling akademik

- Menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun luar negara.

ii) Kaunseling kerjaya

- Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan memberi kepuasan yang lebih.

- Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta.

- Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.

iii) Kaunseling pemulihan

- (Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya kaunseling pemulihan iaitu ;
-Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan.

-Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan.

-Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.

iv) Kaunseling peribadi

- Kaunseling peribadi merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat.

- Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang waras dan bijaksana.

Monday, April 23, 2012

Perkhidmatan Kaunseling


Definisi kaunseling
Kaunseling merupakan pengaplikasian berkaitan kesihatan mental, psikologi, atau prinsip pembangunan manusia melalui pemikiran, perasaan, tingkahlaku atau strategi intervensi yang sistematik yang dapat menghasilkan kebahagiaan, perkembangan peribadi (personal growth), atau pembangunan kerjaya dan juga pathologi.

Siapa Kaunselor?
Kaunselor juga manusia biasa. Gelaran kaunselor diberikan kerana mereka merupakan individu professional yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang Psikologi atau Kaunseling.  Kelayakan ini membolehkan mereka mendapat pengiktirafan bagi menjalankan sesi kaunseling kepada individu yang bermasalah psikologi. 

Kenapa Kaunselor?
Sesi kaunseling memerlukan Kaunselor untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran tertentu menggunakan teknik-teknik kaunseling berdasarkan teori-teori tertentu. 

Apa Kaunselor boleh membantu?
Kaunselor (professional) dan klien (individu yang memerlukan pertolongan) akan bersama-sama mencari jalan penyelesaian berkaitan masalah yang dihadapi.