Cabaran Mahasiswa

Jom lihat!
Seperti sedia maklum, menerima tawaran dari IPTA atau IPTS
adalah impian kebanyakan remaja yang bercita-cita tinggi.
Anda juga terbayang-bayang untuk mendapatkan pekerjaan
yang baik dan lumayan nanti. Namun, pernahkah terlintas di
fikiran anda tentang kesukaran dan cabarannya?
1. Masalah kewangan RM....
Secara amnya, bagi mahasiswa yang datang dari keluarga yang
kurang mampu, isu kewangan adalah masalah yang paling utama.
Jika lebih bernasib baik, abang dan kakak yang telah bekerja
boleh diminta untuk membantu selain PTPTN.
Masalah kewangan adalah masalah utama mahasiswa. Sekarang
segalanya kos meningkat dan ini merunsingkan ibu bapa dan juga
anda! Memang alasan ini juga antara merupakan alasan utama
kepada kesan prestasi akademik seseorang mahasiswa.
Jadi semasa belajar dahulu, cikgu telah menceburi beberapa bidang
perniagaan yang melibatkan IT untuk membantu kewangan cikgu
dahulu. Terpulang kepada anda untuk belajar sambil bekerja
namun hal pelajaran jangan diabaikan!
2.Kitaran hidup mahasiswa yang sama sahaja..
Memang kita tidak boleh lari dengan rutin sebagai mahasiswa sehari-hari
seperti perlu menghadiri kelas, mengikuti program, persatuan, sukan, badan
beruniform dan sebagainya. Namun nasihat cikgu hadapilah segalanya
dengan tenang dan tabah. Aktifkan diri anda kerana dunia pekerjaan yang
anda akan tempuhi kelak selepas belajar lebih mencabar!
3.Pasaran Pekerjaan..

Memang isu peluang pekerjaan yang banyak menyelubungi fikiran para
mahasiswa termasuk anda bukan? Kualiti mahasiswa sekarang bukan
sahaja disukat dengan CGPA 4.0 malah penglibatan aktif dalam kepimpinan
dan sukan juga diambil kira. Majikan semestinya memerlukan pekerja
mereka yang bukan setakat mampu bekerja malah mampu menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan yang bijak serta wajar.
Jadi bagaimana ingin mudah mendapat peluang pekerjaan dan menarik
perhatian majikan kelak untuk mengambil anda bekerja? Ini jawapan
cikgu:
1.Banyak membaca buku motivasi.
2.Mengubah sikap dan cara hidup. Fikir “How To Survive”
3.Mengetengahkan diri dalam kerja berpasukan.
4.Memperbanyak komunikasi antara rakan dan pensyarah.
5.Selalu berfikir positif dan menjadikan kerja sentiasa sistematik.
Dalam 3 cabaran mahasiswa ini , gariskan cabaran yang paling
besar untuk mahasiswa dan anda terutamanya!
Ini jawapannya....
Masalah sosial kini semakin menjadi-jadi. Masalah berzina, buang
bayi, maksiat, pergaulan bebas telah menjadi trend di negara kita.
Saranan cikgu bagi yang beragama islam, amalkan pengamalan Islam
sebagai cara hidup yang dapat membantu mahasiswa mengelakkan diri
dari terjebak dengan pergaulan bebas dan aktiviti lain yang membuang
masa dan sia-sia.
Berbaliklah kepada islam. Belajar, makan, tidur, berpakaian, beraktiviti
semuanya islam.. Insyallah kita akan sentiasa dikurniakan kejayaan dan
ketenangan dariNYA..
No comments:
Post a Comment