Pertimbangkan perkara-perkara berikut sebelum membuat pemilihan jurusan:
a. Kenali diri sendiri dahulu
Berdasarkan
pengalaman saya sebagai seorang pelajar, ini adalah perkara yang paling
penting untuk difikirkan. Adakah anda benar-benar mengenali diri anda ?
Perkara ini benar-benar penting bukan sahaja untuk pemilihan kursus
semasa dan selepas SPM, tetapi juga untuk anda menjalani kehidupan yang
banyak menduga dan penuh cabaran.
Anda perlu sedar yang
anda bukan lagi pelajar sekolah rendah. Anda sudah hampir dewasa dan
perlu mengawasi sendiri setiap gerak-geri keputusan anda. Kematangan
perlu diasah dan anda perlu pandai berdikari. Asasnya, anda perlu sedar
di mana kekuatan anda, dan di mana kelemahan anda. Anda juga perlu
singkap perkara-perkara yang anda minati dan sukai untuk dikaitkan dalam
pemilihan kursus dan karier. Know what you want and know what you need.
Ini perkara serius melibatkan masa depan anda.
b. Mengenai minat dan kebolehan
Satu
perkara yang tidak patut dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah mengikut
trend/flow dalam pemilihan karier dan kursus. Ini kerana minat dan
kebolehan anda dengan orang lain tidak sama. Setiap individual mempunyai
keistimewaan yang tersendiri dan karakter yang berbeza-beza.Anda
mungkin mahu menyenaraikan segala karier yang bersesuaian denagn minat
dan kemahiran anda. Kemudian, mendapatkan maklumat mengenai
karier-karier tersebut. Dari situ, anda mungkin dapat menapis beberapa
karier yang tidak sesuai dengan kemahuan dan keutamaan anda. Contohnya,
anda mungkin meminati kursus perubatan, tetapi tempoh pengajiannya
terlalu lama bagi anda, dan anda tidak pandai berkomunikasi dengan orang
awam. Oleh itu, kursus ini mungkin tidak sesuai dengan anda.
Pada
sesetengah pelajar, pemilihan kursus mungkin tidak menjadi masalah
kepada mereka. Tetapi, untuk sesetengah pelajar yang lain, proses ini
masih tidak memberikan keputusan yang jelas kerana terlampau banyak
kursus dan karier yang mereka minati. Mungkin anda boleh mengambil
beberapa kursus sekaligus, jika anda mampu dari segi kewangan dan
bermotivasi tinggi. Tetapi, jika tidak, perkara ini akan menjadi sulit
kerana berkemungkinan besar di sinilah akan bermulanya pengaruh ibubapa
dan kawan-kawan.
Sesetengah sekolah seperti saya di MRSM
dulu, menjalankan ujian inventori yang pada asasnya menilai apa kesukaan
anda, apa yang anda tidak sukai dan perkara-perkara yang anda mahir dan
tidak. Daripada kepututusan ujian tersebut, pelajar-pelajar boleh
nampak kecenderungan mereka di dalam sesuatu bidang. Oleh itu, ujian ini
sangat baik untuk anda jika anda masih keliru denagn pemilihan kursus.
c. Membuat keputusan berdasarkan tingkatan gaji di dalam karier
Sesetengah
pelajar juga tidak perlu membuat pilihan kursus berdasarkan minat, dan
hanya memandang kepada kemewahan daripada karier yang akan diceburi. Ini
mungkin berkesan kepada mereka kerana tangga gaji yang tinggi boleh
menaikkan motivasi dan semangat mereka untuk berjaya di dalam pelajaran.
Tetapi,
anda perlu menilai juga sama ada anda layak untuk ke kursus tersebut
berdasarkan kemahiran anda. Jika anda tidak layak atau tidak mempunyai
sebarang kemahiran yang diperlukan dalam kursus itu, mungkin isu gaji
perlu ditolak ke tepi dahulu.
d. Percayakan diri sendiri
Ramai
pelajar tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk memajukan diri
lebih jauh. Anda perlu percayakan diri anda dan kebolehan anda kerana
ini adalah salah satu proses mengenali diri sendiri, dan apabila anda
kenal akan diri sendiri, self-esteem anda akan meningkat secara
automatik.
Jika anda mempunyai pegangan yang teguh dan
tidak berubah-ubah, anda pasti akan berjaya dalam apa jua yang anda
lakukan. Ibubapa mungkin akan meragui akan pilihan anda dan memberikan
nasihat yang patut anda ambil kira. Selepas itu, jika anda masih percaya
yang pilihan anda adalah pilihan yang tepat, mungkin anda patut
berbincang lebih mendalam dengan ibubapa anda mengenai pilihan anda.
e. Berbincang dengan ibubapa dan kaunselor.
Mendapatkan
pandangan ibubapa adalah langkah yang bijak, tetapi awas! Kerana
sesetengah ibubapa mungkin menilai pemilihan kerjaya dan mengaitkannya
dengan wang. Walaupun mereka hanya ingin membantu, sesetengah dari
mereka mungkin secara tidak sedar mempengaruhi anda untuk memilih
kerjaya yang memberikan wang dan prestij yang lebih kerana mereka sudah
biasa mengaitkan wang dengan hidup yang gembira dan senang. Dan pilihan
mereka mungkin tidak sama dengan pilihan anda.
Akibatnya,
anda mungkin akan menjadi keliru. Inilah masanya anda mendapatkan
nasihat orang luar yang profesional seperti kaunselor-kaunselor kerjaya
dan guru-guru. Mereka boleh dijadikan sumber maklumat mengenai kerjaya
pilihan anda, dan memberikan nasihat yang tidak bias dalam pemilihan
kursus tersebut.
f. Ambil masa untuk berfikir
Pelajar-pelajar patut mengambil masa untuk berfikir mengenai pilihan-pilihan kursus yang telah dibuat.
Antara perkara-perkara yang patut difikirkan untuk kerjaya adalah seperti:
-status gaji dalam kerjaya yang bakal diceburi
-peluang pekerjaan
-kemahiran yang diperlukan
-tangga kerjaya (peluang naik pangkat)
-kelayakan akademik
-jenis pekerjaan yang berpotensi dan apa tugas-tugasnya
-sama ada memenuhi keperluan/kemahuan diri
-kesesuaian persekitaran tempat kerja
-masa bekerja yang sanggup dikorbankan
-kemampuan diri sendiri dlm scope dgn subjek yang agak mencabar
g. Akhir sekali, ambil langkah ke arah pilihan kursus
Apabila
anda sudah pasti dengan pilihan anda, ambillah langkah seterusnya untuk
memasuki kursus tersebut, contohnya seperti mengisi borang dengan betul
dan bagi seorang Muslim, bersolatlah Istikharaah dan bertawakal kepada
Tuhan atas pilihan yang dibuat.
(UTK PELAJAR LEPASAN SPM):
Jika anda masih lagi ragu-ragu dan keliru mengenai pemilihan kursus di
universiti, anda mungkin mahu mengambil kursus-kursus minor yang
diminati dahulu yang merangkumi prinsip-prinsip asas sebelum anda
memilih kursus major. Dengan cara ini, anda mempunyai lebih masa untuk
membuat pilihan dan mungkin melalui kursus-kursus minor yang anda pilih
dapat membuka minda anda untuk membuat keputusan.
TIPS PALING UTAMA: Banyakkan
solat istikharah dan yakin akan ketentuan ALLAH swt. Mendekati ALLAH
adalah sebaik2 jln dalam apa jua penyelesaian. Percayalah.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment