Definisi kaunseling
Kaunseling merupakan pengaplikasian berkaitan kesihatan
mental, psikologi, atau prinsip pembangunan manusia melalui pemikiran, perasaan,
tingkahlaku atau strategi intervensi yang sistematik yang dapat menghasilkan kebahagiaan, perkembangan peribadi (personal growth), atau pembangunan kerjaya dan
juga pathologi.
Siapa Kaunselor?
Kaunselor juga manusia
biasa. Gelaran kaunselor diberikan kerana mereka merupakan individu
professional yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang Psikologi atau Kaunseling. Kelayakan ini membolehkan
mereka mendapat pengiktirafan bagi menjalankan sesi kaunseling kepada individu
yang bermasalah psikologi.
Kenapa Kaunselor?
Sesi kaunseling memerlukan Kaunselor untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran tertentu menggunakan
teknik-teknik kaunseling berdasarkan teori-teori tertentu.
Apa Kaunselor boleh
membantu?
Kaunselor (professional) dan
klien (individu yang memerlukan pertolongan) akan bersama-sama mencari jalan
penyelesaian berkaitan masalah yang dihadapi.
No comments:
Post a Comment