Monday, June 25, 2012

Tips memilih kerjaya

Anda perlu tahu tips sebenar dalam  pemilihan kerjaya. Sedikit tips ringkas di bawah  akan membantu anda. InsyaALLAH, boleh membantu  anda!

1. Kerjaya harus dipilih berdasarkan apa yang diminati atau disukai.

2. Kerjaya yang dipilih haruslah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.

3. Kerjaya tidak harus datang secara paksaan. contohnya dari ibu bapa atau keluarga.

4. Kerjaya bukanlah untuk dicuba-cuba (trial & error)

5. Seseorang perlu yakin dengan kerjaya yang diceburinya. Kejayaan bukan datang dalam
   sekelip mata. Ia akan memakan masa. Oleh itu ketekunan dan istiqamah serta doa amat
   penting dalam menjamin kerjaya masa depan.

6. Kerjaya yang dipilih haruslah tidak bersandarkan kepada faktor kewangan semata-
   mata. Faktor lain yang lebih penting harus diambil kira.

7. Sebelum memilih sesuatu kerjaya dapatkan informasi sebanyak mungkin terlebih dahulu.

8. Jumpa orang yang lebih berpengalaman dan bertanya soalan-soalan yang relevan kepada  
   mereka. Dengan kata lain dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar.

9. Dapatkan restu dari kedu-dua ibu bapa. Restu mereka amat penting dalam menjamin kejayaan
   anda.

10. Lakukanlah Solat Istiharah dan berserah pada Allah s.w.t. Hanya Dia sahaja yang maha
    mengetahui dan penentu segalanya.

Harap tips ringkas ini dapat membantu.

No comments:

Post a Comment